Ubuntu 14.04 on VirtualBox

Alhamdulillah. Cuti yang banyak pada bulan Februari ini memberi peluang untuk menambahkan lagi ilmu mengenai Sistem Operasi berasaskan Unix. Sistem Operasi Ubuntu Desktop 14.04 telah dipilih memandangkan ia lebih user friendly (ala-ala windows deskop). Memandangkan saya hanya ingin belajar untuk pemasangan dan penggunaan sistem operasi ini secara asas serta beberapa aplikasi lain yang terdapat dalam ubuntuk, jadi saya menggunakan VirtualBox sebagai tools untuk mencipta sistem operasi secara virtual.

Pemasangan Sistem Operasi Ubuntu Desktop 14.04 ini amat mudah. Terutama dengan tutorial yang sedia ada dalam Komuniti Ubuntu; sangat membantu. Tapi sebelum ini kita perlu memasang VirtualBox. Juga terdapat banyak tutorial pemasangan dan penetapan yang boleh digunakan semasa pemasangan. Untuk komputer saya dengan spesifikasi di bawah:

pc

 

Proses pemasangan tidak menjadi masalah besar. Cuma saya menghadkan sumber (ruang HDD dan RAM) agar penggunaannya tidak keterlaluan. Berikut setting yang telah ditetapkan setelah sistem operasi ini berjaya dipasang di virtualbox:

vbox

 

Setelah pemasangan sistem operasi berjaya. Perkara pertama bermain difikiran saya adalah bagaimana untuk memasang web server (LAMP – linux, apache2, mysql dan php) ke dalam ubuntu desktop ini. Dengan mengikut tutorial seperti video di youtube ini, akhirnya saya berjaya memasangan aplikasi apache, php, mysql, phpmyadmin dan wordpress. Melalui video ini juga saya belajar menetapkan pengguna dan permission untuk pengguna tadi. Satu yang saya tertarik dalam video ini adalah proses memasang Webmin.

Insyallah lepas ini, akan banyak lagi penerokaan pada Sistem Operasi Ubuntu Desktop 14.04 ini akan dilakukan.

Comments