Tasbih Kifarah

Tasbih Kafarah ialah doa penutup bagi sesuatu majlis. Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: โ€œSesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:


melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis ituโ€.

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:


Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): โ€œIa merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlisโ€

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?
Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

Sumber : Suka-suka Aje

Comments