Currently and mission…

Maaf lama tidak menghantar tutorial! Jadi, apa yang saya sedang lakukan pada waktu ini?

1) Membangunkan Portal eLearning Psikiatri
2) Membangunkan Sistem MealPlan
3) Mengemaskini Portal Aktiviti
4) Mengajar PHP & mySQL : Basic to Intermediate (insyallah)

Dan masih terus menambah ilmu mengenai:

1) Laravel 4.2
2) Sublime Text 3
3) Git 1.9.4
4) PHP 5.5.15 (will upgade to 5.6 later)

Insyallah…

Setting fungsi email kat Xampp mengunakan akaun gmail

Salam Aidilfitri!

Ramai yang tanya boleh tak send email menggunakan xampp yang kita install kat pc/laptop kita. Jawapannya boleh dengan syarat anda ada internet akses. Jadi untuk kali ini, PakCu akan buat sedikit tutorial bagaimana untuk membuat tetapan agar script email yang kita buat di localhost (menggunakan xampp) dapat menghantar email dengan menggunakan akaun gmail anda.

Buka fail sendmail.ini (C:\xampp\sendmail) anda. Buat tetapan seperti berikut:

[sendmail]
smtp_server=smtp.gmail.com
smtp_port=25
error_logfile=error.log
debug_logfile=debug.log
auth_username=username@gmail.com
auth_password=katalaluan
force_sender=username@gmail.com
smtp_ssl=auto

Kod-kod yang lain dalam fail sendmail.php tu boleh delete atau save fail berkenaan dengan nama lain (untuk backup jika ada permasalahan nanti).

Ok! Sekarang bukak fail php.ini (C:\xampp\php) pula dan komen (disable) kod seperti berikut:

[mail function]
; XAMPP: Comment out this if you want to work with an SMTP Server like Mercury
; SMTP = localhost
; smtp_port = 25

; For Win32 only.
; http://php.net/sendmail-from
;sendmail_from = postmaster@localhost

; XAMPP IMPORTANT NOTE (1): If XAMPP is installed in a base directory with spaces (e.g. c:\program filesD:\xampp) fakemail and mailtodisk do not work correctly.
; XAMPP IMPORTANT NOTE (2): In this case please copy the sendmail or mailtodisk folder in your root folder (e.g. C:\sendmail) and use this for sendmail_path.

; XAMPP: Comment out this if you want to work with fakemail for forwarding to your mailbox (sendmail.exe in the sendmail folder)
sendmail_path = “\”C:\xampp\sendmail\sendmail.exe\” -t”

; XAMPP: Comment out this if you want to work with mailToDisk, It writes all mails in the D:\xampp\mailoutput folder
; sendmail_path = “C:\xampp\mailtodisk\mailtodisk.exe”

; Force the addition of the specified parameters to be passed as extra parameters
; to the sendmail binary. These parameters will always replace the value of
; the 5th parameter to mail(), even in safe mode.
;mail.force_extra_parameters =

; Add X-PHP-Originating-Script: that will include uid of the script followed by the filename
mail.add_x_header = Off

; Log all mail() calls including the full path of the script, line #, to address and headers
;mail.log = “C:\xampp\php\logs\php_mail.log”

Jika diperhatikan, hanya baris ‘sendmail_path = “\”C:\xampp\sendmail\sendmail.exe\” -t”‘ dan ‘mail.add_x_header = Off’ sahaja yand diaktifkan (enable). Save fail berkenaan dan restart apache anda.

Jadi tetapan untuk fungsi email menggunakan sendmail telah kita buat. Sekarang kita buat contoh script mail pula. Buat satu fail baru dan namakan test.php dan simpan dalam folder web root (htdocs) anda. Masukkan kode di bawah:

<?php
$from = “Abu Haziq”;
$headers = “From: “.$from;
$body = “Salam sejahtera!, \nIni adalah cubaan menghantar email!”;
$subject = “Cubaan Menghantar Email”;
$to = “pro@ppukm.ukm.edu.my”;
ifย  (mail($to, $subject, $body, $headers)) {
echo “Berjaya!”;
}
else {
echo “Gagal!”;
}
?>

p/s: PakCu menggunakan XAMPP v1.8.1

Pemasangan Xampp

Hari ini masa PakCu agak terluang sedikit berbanding minggu-minggu sebelum ini. Jadi PakCu hendak mulakan pos-pos tutorial dengan tajuk Pemasangan Xampp. Terlebih dahulu PakCu nak terangkan mengenai peralatan yang perlu ada untuk menjalankan skrip-skrip PHP di dalam PC anda. Sebelum itu, sila lihat post berikut –ย http://www.haqis.com/?p=409


Keperluan Aplikasi

PHP adalah salah satu Server Side Scripting Programming Language selain daripada ASP, CMF, JSP, PERL, ROR. Untuk menjalankan skrip-skrip PHP di dalam PC anda, anda perlu melengkapkan PC anda dengan aplikasi-aplikasi berikut:
+ Web Server (apache, IIS,ย ย lighttpd,ย nginx, Cherokeeย dsbnya)
+ PHPย (terkini versi 5.5)
+ Database (mysql, oracle, mssql, sybase, ODBC dsbnya)
+ Editor @ IDEย  (Notepad++, sublime text, PHPStorm, Adobe Dreamweaver dsbnya)
+ Web Browser (Google Chrome, Internet Eplorer (IE), Mozilla Firefox, Safari dsbnya)

Setiap aplikasi di atas perlu dipasang (installation)ย satu-persatu dan dibuat tetapan (configuration) terlebih dahulu di dalam PC anda. Namun terdapat aplikasi yang telah mengabungkan beberapa aplikasi di atas dan memudahkan pengguna untuk membuat tetapan bagi setiap aplikasi tersebut. Sebagai contoh, Xampp, Easyphp, WAMP, PHPTriadย dsbnya). Aplikasi ini telah mengumpulkan aplikasi PHP, Apache dan mySQL ke dalamnya. Jadi hanya perlu memasang aplikasi ini sahaja dan ketiga-tiga elemen penting untuk pembangunan website menggunakan PHP telah dipasang ke dalam PC anda. Kadang-kadang terdapat aplikasi/skrip tambahan turut di pasang di dalam aplikasi tersebut. Contohnya, PHPMyAdmin (GUI untuk menguruskan mysql), tomcat, filezilla, mercury dan sebagainya). Aplikasi ini adalah pilihan bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi tersebut.

Namun perlu diingatkan aplikasi bundle ini hanya sesuai digunakan untuk pembangunan (development) sahaja dan bukan untuk produksi (production). Bagi tujuan produksi, adalah disarankan memasangan setiap aplikasi tersebut dibuat satu-persatu.


Pemasangan Xampp

Aplikasi yang akan digunakan untuk tutorial PakCu ini adalah:
+ Apache (web server)
+ PHP 5.4
+ mySQL (database)
+ Notepad++ (mungkin juga akan bertukar yg lain pada masa akan datang :p)
+ Google Chrome (i hate IE)

Anda boleh memuatturun aplikasi Xampp di url berikut –ย http://www.apachefriends.org/en/xampp.html. Ketika artikel ini ditulis, Xampp telah mengeluarkan versi 1.8.2 (bagi pengguna windows).

1 download

Apabila anda memuatturun versi apache/mysql/php yang hendak digunakan dalam proses pembangunan, sewajarnya hendaklah versi-versi tersebut sama seperti versi yang telah dipasang di dalam server produksi. Ini bagi mengelakkan masalah penggunaan fungsi di dalam aplikasi tersebut setelah ia dipindakan daripada server pembangunan ke server produksi.

Setelah fail tersebut berjaya dimuatturun, proses berikutnya adalah proses pemasangan aplikasi Xampp ke dalam PC anda. Klik 2 kali pada fail exe tersebut dan paparan berikut akan dipaparkan:

2 bahasa

Klik pada butang OK dan paparan berikut akan dipaparkan:

3 uac

Klik butang OK dan paparan berikut akan dipaparkan:

4 welcome

Klik butang Next untuk proses pemasangan selanjutnya dan paparan berikut akan dipaparkan:

5 component

Klik butang Next dan paparan berikut akan dipaparkan:

6 localtion

Anda boleh menukar lokasi pemasangan. Kemudian klik butang Install dan paparan progres pemasangan berikut akan dipaparkan:

7 install

Tunggu sehingga progres berakhir dan klikย butang Next dan paparan berikut akan dipaparkan:

8 configure

Paparan ini akan tertutup secara automatik setelah proses configure selesai. Paparan berikut akan dipaparkan menandakan proses pemasangan Xampp selesai:

9 finish