Pemasangan Xampp

Hari ini masa PakCu agak terluang sedikit berbanding minggu-minggu sebelum ini. Jadi PakCu hendak mulakan pos-pos tutorial dengan tajuk Pemasangan Xampp. Terlebih dahulu PakCu nak terangkan mengenai peralatan yang perlu ada untuk menjalankan skrip-skrip PHP di dalam PC anda. Sebelum itu, sila lihat post berikut – http://www.haqis.com/?p=409


Keperluan Aplikasi

PHP adalah salah satu Server Side Scripting Programming Language selain daripada ASP, CMF, JSP, PERL, ROR. Untuk menjalankan skrip-skrip PHP di dalam PC anda, anda perlu melengkapkan PC anda dengan aplikasi-aplikasi berikut:
+ Web Server (apache, IIS,  lighttpdnginx, Cherokee dsbnya)
+ PHP (terkini versi 5.5)
+ Database (mysql, oracle, mssql, sybase, ODBC dsbnya)
+ Editor @ IDE  (Notepad++, sublime text, PHPStorm, Adobe Dreamweaver dsbnya)
+ Web Browser (Google Chrome, Internet Eplorer (IE), Mozilla Firefox, Safari dsbnya)

Setiap aplikasi di atas perlu dipasang (installation) satu-persatu dan dibuat tetapan (configuration) terlebih dahulu di dalam PC anda. Namun terdapat aplikasi yang telah mengabungkan beberapa aplikasi di atas dan memudahkan pengguna untuk membuat tetapan bagi setiap aplikasi tersebut. Sebagai contoh, Xampp, Easyphp, WAMP, PHPTriad dsbnya). Aplikasi ini telah mengumpulkan aplikasi PHP, Apache dan mySQL ke dalamnya. Jadi hanya perlu memasang aplikasi ini sahaja dan ketiga-tiga elemen penting untuk pembangunan website menggunakan PHP telah dipasang ke dalam PC anda. Kadang-kadang terdapat aplikasi/skrip tambahan turut di pasang di dalam aplikasi tersebut. Contohnya, PHPMyAdmin (GUI untuk menguruskan mysql), tomcat, filezilla, mercury dan sebagainya). Aplikasi ini adalah pilihan bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi tersebut.

Namun perlu diingatkan aplikasi bundle ini hanya sesuai digunakan untuk pembangunan (development) sahaja dan bukan untuk produksi (production). Bagi tujuan produksi, adalah disarankan memasangan setiap aplikasi tersebut dibuat satu-persatu.


Pemasangan Xampp

Aplikasi yang akan digunakan untuk tutorial PakCu ini adalah:
+ Apache (web server)
+ PHP 5.4
+ mySQL (database)
+ Notepad++ (mungkin juga akan bertukar yg lain pada masa akan datang :p)
+ Google Chrome (i hate IE)

Anda boleh memuatturun aplikasi Xampp di url berikut – http://www.apachefriends.org/en/xampp.html. Ketika artikel ini ditulis, Xampp telah mengeluarkan versi 1.8.2 (bagi pengguna windows).

1 download

Apabila anda memuatturun versi apache/mysql/php yang hendak digunakan dalam proses pembangunan, sewajarnya hendaklah versi-versi tersebut sama seperti versi yang telah dipasang di dalam server produksi. Ini bagi mengelakkan masalah penggunaan fungsi di dalam aplikasi tersebut setelah ia dipindakan daripada server pembangunan ke server produksi.

Setelah fail tersebut berjaya dimuatturun, proses berikutnya adalah proses pemasangan aplikasi Xampp ke dalam PC anda. Klik 2 kali pada fail exe tersebut dan paparan berikut akan dipaparkan:

2 bahasa

Klik pada butang OK dan paparan berikut akan dipaparkan:

3 uac

Klik butang OK dan paparan berikut akan dipaparkan:

4 welcome

Klik butang Next untuk proses pemasangan selanjutnya dan paparan berikut akan dipaparkan:

5 component

Klik butang Next dan paparan berikut akan dipaparkan:

6 localtion

Anda boleh menukar lokasi pemasangan. Kemudian klik butang Install dan paparan progres pemasangan berikut akan dipaparkan:

7 install

Tunggu sehingga progres berakhir dan klik butang Next dan paparan berikut akan dipaparkan:

8 configure

Paparan ini akan tertutup secara automatik setelah proses configure selesai. Paparan berikut akan dipaparkan menandakan proses pemasangan Xampp selesai:

9 finish

 

 

phpMyAdmin Error: Connection for controluser as defined in your configuration failed.

  • Open phpMyAdmin in a browser and log in as root.
  • Create a database called phpmyadmin
  • Create a user called pma and set the “host” to the hostname or IP address of your web server (if the web server and MySQL are on the same box use localhost), make a note of the password, and grant the new user full control over the phpmyadmin database. It is recommended that this user does not have access to anything other than this database.
  • Go to the phpMyAdmin installation directory, where you should find a sub-directory calledexamples.
  • In examples you will find a file called create_tables.sql. Open it in a text editor.
  • In phpMyAdmin, select the phpmyadmin database and click on the “SQL” tab.
  • Copy/paste the entire text from create_tables.sql into the text box, and run the query.
  • Open the config.inc.php file in the phpMyAdmin install directory, and add the following lines (or change the existing settings if they are already there):
$cfg['Servers'][1]['pmadb'] = 'phpmyadmin';
$cfg['Servers'][1]['controluser'] = 'pma';
$cfg['Servers'][1]['controlpass'] = '<your password>';

$cfg['Servers'][1]['bookmarktable'] = 'pma_bookmark';
$cfg['Servers'][1]['relation'] = 'pma_relation';
$cfg['Servers'][1]['userconfig'] = 'pma_userconfig';
$cfg['Servers'][1]['table_info'] = 'pma_table_info';
$cfg['Servers'][1]['column_info'] = 'pma_column_info';
$cfg['Servers'][1]['history'] = 'pma_history';
$cfg['Servers'][1]['recent'] = 'pma_recent';
$cfg['Servers'][1]['table_uiprefs'] = 'pma_table_uiprefs';
$cfg['Servers'][1]['tracking'] = 'pma_tracking';
$cfg['Servers'][1]['table_coords'] = 'pma_table_coords';
$cfg['Servers'][1]['pdf_pages'] = 'pma_pdf_pages';
$cfg['Servers'][1]['designer_coords'] = 'pma_designer_coords';
  • Save and close the file.
  • Log out of phpMyAdmin
  • Log in again

Problem solved.

Sumber: Stackoverflow.Com

Perancangan 2013

Rasanya lama dah tak update blog ini dengan tutorial2 yang berkaitan dengan pengaturcaraan php & mysql. Alhamdulillah, sepanjang PakCu handling training utk Kursus PHP & mySQL (Asas & Pertengahan) serta Joomla, feeback yang diterima sangat menggalakan. Sampai hari ini masih ada peserta kursus yang call/email/msg bertanyakan persoalan berkaitan kandungan kursus yang diajar. Ini satu perkara yang positif antara pengajar dan pelajar. Oops! PakCu bukan nak mengajar.. cuma nak berkongsi ilmu sekerat-dua yang Allah berikan ini agar kita sama-sama dapat manfaat daripadanya.

Jadi untuk tahun 2013 ini, PakCu cadangan nak buat satu koleksi tutorial ilmu yang PakCu ada berkaitan dengan pengatucaraan dengan pengunjung semua. Sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan rujukan kepada yang baru berjinak dengan dunia pengaturcaraan. Juga untuk peserta-peserta kursus refresh balik pembelajaran yang dikongsikan semasa dalam kelas/kursus yang telah dihadiri. Namun ingin PakCu menyatakan disini:

“Saya bukanlah pakar dalam bidang ini tapi saya amat minat dalam bidang ini dan tujuan saya menyediakan tutorial akan datang ini bukanlah untuk mengajar anda tentang cara terbaik (kerana ada yang lebih baik) tetapi sekadar berkongsi ilmu yang saya ada untuk manfaat kita semua”

Insyallah selain dari topik2 yang memang PakCu dah rancang nak buat, anda juga boleh usulkan topik2 yang berkaitan. Sekiranya topik tersebut dalam pengetahuan PakCu, insyallah PakCu akan buatkan tutorial.

Anugerah !!

Sepatutnya haghi ni aku pi UKM Bangi utk menerima anugerah ahli forum terbaik (http://opensource.ukm.my). Tapi aku ada kelas PHP + mySQL, so aku x dapat pergi.

Tak per, nanti yang penting aku dapat sumbangkan ilmu kepada mereka yang memerlukan.