Prinsip MVC untuk Pengaturcara PHP

Apakah itu MVC?

MVC adalah singkatan daripada Model-View-Controller (MVC). Ia adalah satu seni bina perisian (software architecture) atau corak reka bentuk (design pattern) yang digunakan secara meluas dalam pembangunan laman web. Ia biasanya digunakan untuk mencipta aplikasi web atau perisian dengan lebih cekap atau efisyen. Pada topik kali ini, perbincangan MVC adalah dalam skop bahasa pengaturcaraan PHP; satu bahasa pengaturcaraan yang banyak membangunkan framework berkonsepkan MVC, selain daripada ASP.NET, Ruby on Rails dan Zend Framework.

Ketiga-tiga modul utama diterapkan dalam pembangunan web PHP yang mengakibatkan pembangunan aplikasi web berskala dan menarik.

Mengapa anda harus menggunakannya?

Untuk pengaturcara PHP, MVC menawarkan konsep dan idea yang kreatif dan lebih baik berbanding procedural PHP. Pada asasnya, struktur MVC yang menyediakan susunan kod atau fungsi dalam bentuk yang mudah serta dapat menambah fungsi baru dengan lebih efisyen untuk penyesuaian atau penggunaan semula kod agar pembangunan aplikasi menjadi lebih cepat.

MVC membantu pengaturcara PHP menguruskan pembangunan aplikasi web dengan lebih konsisten dan mudah. Melalui MVC juga, anda boleh memisahkan antara logik pengaturcaraan (programming logic) dan kod antara muka (interface code).

Keperluan MVC framework bagi pengaturcara PHP

Dengan menggunakan MVC Framework, pengaturcara PHP dapat membangunkan, menguruskan, menyelenggara dan memastikan prestasi aplikasi web yang dibangunkan dengan lebih mudah, tersusun dan cekap. Terdapat berbagai PHP MVC Framework yang telah dibangunkan seperti Laravel, CakePHP, CodeIgniter, Yii, FuelPHP, Symfony, Kohana, Zend Framework dan sebagainya. Setiap framework mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Kebaikan MVC framework

MVC memudahkan anda untuk dalam menaiktaraf dan menyelenggara aplikasi web anda. Selain itu, MVC framework juga mempunyai pengurusan modules yang teratur dan cekap bagi memudahkan pembangunan aplikasi web yang besar. Ia juga memudahkan pengaturcara baru dilantik untuk menyelenggara aplikasi web yang telah dibangunkan menggunakan MVC tersebut. Mereka yang menggunakan struktur dan logik MVC semasa membangunkan aplikasi juga akan mendapati untuk menambah fungsi baru atau menggunakan semula kod-kod yang telah dibuat adalah lebih cepat dan tersusun; terutama bagi mereka yang membangunkan aplikasi web secara berkumpulan. Dengan menggunakan MVC framework, aplikasi web dapat dihasilkan dengan cepat dan seterusnya akan menjimatkan masa pembangunan dan penyelenggaraan.

Struktur fail MVC

MVC framework menawarkan struktur fail dengan paling mudah untuk dipelajari, dipahami dan digunakan seperti View untuk paparan, Model untuk pengurusan pengkalan data Controller sebagai penghubung antara kehendak pengguna (user request) dan paparan yang ingin dilihat. Setiap struktur ini berkait antara satu sama lain. Terdapat juga folder-folder lain di dalam MVC framework yang digunakan sesuai dengan keperluan dan fungsi framework itu sendiri.

Sumber: Codelution.com