Taat agama, kasih sayang rahsia perpaduan keluarga Haji Din


DARI kiri Abu Hassan, Siti Khadijah, Siti Mariam, Haron, Che Wangi,
Che Bee, Ishak, Rokiah, Jariyah dan Fatimah pada
Hari Keluarga Haji Din dan Hajjah Che Teh di Kampung Batu Muda.


10 beradik tak pernah bergaduh, pastikan hubungan erat

PERCAYA atau tidak, mereka adik beradik tidak pernah bergaduh atau berkecil hati kerana masing-masing bersatu hati memastikan hubungan keluarga besar seramai 202 ahli itu terus terbina atas semangat kasih sayang, toleransi dan ambil berat.

Ketika soalan itu diutarakan, 10 beradik anak pasangan Allahyarham Din Wan Awang dan Allahyarhamah Che Teh Wan Nik sepakat menjawab tidak pernah berkelahi, malah tertawa apabila menyedari penulis tidak berpuas hati dengan jawapan diberi.ย Duduk semeja dengan mereka, jelas tergambar kegembiraan pada wajah tiga ustaz dan tujuh ustazah yang masing-masing masih aktif menyebarkan syiar Islam melalui kelas al-Quran, ceramah serta tugas sebagai guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA).

Saya gembira kerana lima adik saya berjaya mendapat ijazah berkat usaha dan doa kami sekeluarga. Sebagai kakak juga ibu, saya berharap ibu hari ini sabar mendidik anak. – Kakak Sulung, Fatimah Din

Anak perempuan sulung, Fatimah, dalam usia 75 tahun masih sihat, begitu juga adiknya Ishak (73), Datuk Haron (71), Rokiah (69), Datuk Abu Hassan (66), Che Bee (61), Mariam (59), Jariah (56), Siti Khadijah (54) dan yang bongsu, Che Wangi (52).

Anak ketiga pasangan berkenaan, Haron berkata, semua itu berkat kesepakatan dipupuk sejak kecil hasil didikan ibu bapa mereka berteraskan ajaran al-Quran yang terus disemai hingga kini bukan saja oleh mereka adik beradik tetapi anak, cucu serta cicit.

Katanya, jika timbul masalah membabitkan kepentingan semua ahli keluarga, perkara itu akan dirujuk kepada barisan tertinggi dalam hierarki keluarga iaitu kakak sulung dan abang untuk mencari penyelesaian atau kata putus.

โ€œKami juga mengamalkan dasar tolong menolong seperti penganjuran rumah terbuka Aidilfitri ini, semua perlu menyumbang mengikut kemampuan masing-masing,โ€ katanya pada pertemuan pada majlis hari keluarga Haji Din dan Hajah Che Teh ke-21 yang diadakan di kediaman Abu Hassan di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.
Beliau berkata, setiap tahun mereka adik beradik bersama pasangan masing-masing akan menganjurkan percutian ke luar negara dan antara tempat sudah dikunjungi ialah Beijing, Maghribi, Jordan, Palestin dan Syria.

Selain itu, sejak 1999, mereka juga sepakat mengumpulkan dana untuk menghantar ahli keluarga terdiri daripada pasangan suami isteri menunaikan ibadat haji dan tahun ini giliran anak keenam, Che Bee bersama suaminya.

Sementara anak serta cucu pula, yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berjaya melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi, akan menerima hadiah wang tunai serta sijil penghargaan.

Paling mengagumkan, sejak 21 tahun lalu, semua ahli keluarga Haji Din tidak pernah gagal menghadiri majlis hari keluarga sempena Aidilfitri, baik yang dianjurkan di rumah Allahyarham ibu bapa mereka di Bohor Mali, Kangar, Perlis, atau bergilir-gilir di rumah adik-beradik mereka.

Che Bee berkata, bagi menghormati ketetapan dibuat kakak serta abang supaya hubungan akrab itu terus mekar, setiap ahli keluarga akan memastikan setiap seorang daripada mereka tidak terkecuali daripada mengambil bahagian dalam aktiviti dianjurkan.

Katanya, Alhamdulillah atas dasar kesepakatan itu, belum pernah ada ahli keluarga yang gagal menghadirkan diri setiap kali sambutan Aidilfitri kecuali mereka yang berada di luar negara atas tuntutan kerja atau mengikuti pengajian.

โ€œApabila kita bersatu hati, maka tiada alasan. Sebenarnya melalui persetujuan semua setiap yang dirancang menjadi kenyataan. Inilah bukti kasih sayang sejati antara adik beradik serta anak saudara,โ€ katanya.

Ishak yang agak tegas berkata, kebahagiaan adik beradik juga hasil berpegang kepada pesan bapa supaya ikhlas mengajar serta berkhidmat kepada masyarakat kerana Allah akan bagi balasan baik antaranya perpaduan keluarga.

Beliau berkata, mereka yang berpegang kepada ajaran agama tidak akan bergaduh atau cuba memulakan persengketaan, sebaliknya orang yang suka bergaduh adalah golongan jahil.

Justeru, beliau menasihatkan supaya semua ahli keluarga mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian bagi mengelak konflik masyarakat yang kian membimbangkan hari ini termasuk keadaan keluarga berpecah-belah.

โ€œSekarang kita lihat adik beradik bergaduh pasal harta. Apabila ibu meninggal dunia, kami berebut juga tetapi berebut tidak mahu harta. Semua harta peninggalan ibu, tanah lima relung kami wakaf untuk sekolah agama rakyat.

โ€œMalah, kami juga sepakat membeli lapan ekar tanah adik ibu yang terletak bersebelahan tanah Allahyarham ibu untuk diwakafkan buat asrama sekolah agama rakyat. Ini bekalan untuk Allahyarham ibu bapa kami,โ€ katanya.

Menyelami pengalaman hidup 10 beradik yang kini menjadi inspirasi masyarakat kerana sumbangan mereka dalam bidang agama dan perubatan Islam, Fatimah mengakui mereka bukan datang daripada keluarga kaya.

Beliau sendiri terpaksa menamatkan persekolahan setakat Tingkatan Dua untuk memberi peluang kepada adik yang lain. Ketika umur 12 tahun, beliau sudah mengambil upah menjahit baju untuk membantu menyara keluarga.

โ€œSaya gembira kerana lima adik saya berjaya mendapat ijazah berkat usaha serta doa sekeluarga. Sebagai kakak juga ibu, saya berharap ibu hari ini bersifat sabar mendidik anak,โ€ katanya.

Tidak sah rasanya jika tidak mengorek rahsia, Fatimah berkata, anak paling nakal dalam keluarga ialah Abu Hassan yang dipanggil Pak Andak Hassan oleh anak saudaranya sementara Haron pula sering mengalah jika bahagiannya diambil adik-adiknya.

Jariah digelar โ€˜pak lawakโ€™ kerana sering membuat ahli keluarga ketawa dengan cerita mengarut beliau setiap kali mereka berhimpun dan Mariam seorang yang sukar senyum.

Ditanya pula rahsia mereka yang tetap segar dan awet muda, Hassan berkata: โ€œRahsianya ialah senyum selalu, jangan susah hati. Jangan fikir sangat soal duit dan jika tidak ada duit pun, mesti sentiasa senyum.โ€

Sumber: Bharian.Com.My

Mohon Diberikan Rezeki Tatkala Kesempitan

“Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan.”ย – Surah Hud:6

Menurut Hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam r.a, beberapa orang sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy’ariyyin yang baru sampai daripada perjalanan berhijrah merasa lapar. Mereka mengutuskan seorang dari kalangan mereka untuk mendapatkan makanan daripada Nabi S.A.W.

Apabila para utusan kaum tersebut tiba di rumah baginda Rasulullah S.A.W, beliau mendengar baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ke-6 daripada surah Hud ini. Utusan tersebut pulang semula kepada keluarganya dan tidak jadi meminta makanan daripada Rasulullah kerana berasa yakin dengan doa yang dibaca oleh Rasulullah.

Setibanya beliau kepada kaum keluarganya tanpa diketahui kaum keluarganya , datanglah dua orang lelaki membawa roti dan daging untuk mereka. Walaupun mereka telah menikmati makanan tersebut sepuas-puasnya masih banyak lagi baki yang tnggal. Akhirnya mereka meminta agar diberikan kepada Rasulullah S.A.W untuk diagihkan kepada orang lain yang memerlukan makanan.

Selepas itu mereka bertemu dengan Nabi dan mengucapkan terima kasih. Rasulullah S.A.W menafikan penghantaran makanan itu.

Sahabat yang merupakan utusan keluarga tersebut akhirnya membuat pengakuan yang dia tidak meminta makanan daripada Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W kemudiannya menyatakan itulah dia rezeki Allah yang Allah janjikan buat makhluk-Nya.ย (Tafsir al-Qurtubi, al-Durrul Manthur, tafsir ayat ke-6 surah Hud)

Alhamdulillah, maka marilah sama-sama kita amalkan doa ini dan jadikanlah ia doa amalan harian agar kita sentiasa dilimpahi rezeki Allah S.W.T terutama ketika kesempitan. Tetapi perlu juga ingat bahawa doa semata-mata tanpa usaha dan tawakal adalah tidak berguna. Wallahualam.

Sumber: I Love Islam.Com

Tasbih Kifarah

Tasbih Kafarah ialah doa penutup bagi sesuatu majlis. Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: โ€œSesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:


melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis ituโ€.

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:


Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): โ€œIa merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlisโ€

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?
Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

Sumber : Suka-suka Aje

Doa selalu melakukan kebaikan dan mendapat motivasi daripadanya

ุงู„ู„ู‡ู…ูŽู‘ ุฅูู†ูู‘ูŠ ุฃูŽุณู’ุฃูŽู„ููƒูŽ ููุนู’ู„ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑูŽุงุชู ุŒ ูˆูŽุชูŽุฑู’ูƒูŽ ุงู„ู’ู…ูู†ู’ูƒูŽุฑูŽุงุชู ุŒ ูˆูŽุญูุจูŽู‘ ุงู„ู’ู…ูŽุณูŽุงูƒููŠู†ู ุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ ุชูŽุบู’ููุฑูŽ ู„ููŠ ูˆูŽุชูŽุฑู’ุญูŽู…ูŽู†ููŠ ุŒ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุฑูŽุฏู’ุชูŽ ููุชู’ู†ูŽุฉู‹ ูููŠ ู‚ูŽูˆู’ู…ููŠ ููŽุชูŽูˆูŽููŽู‘ู†ููŠ ุฅูู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ุบูŽูŠู’ุฑู ู…ูŽูู’ุชููˆู†ู ุŒ ุงู„ู„ู‡ู…ูŽู‘ ุฅูู†ูู‘ูŠ ุฃูŽุณู’ุฃูŽู„ููƒูŽ ุญูุจูŽู‘ูƒูŽ ุŒ ูˆูŽุญูุจูŽู‘ ู…ูŽู†ู’ ูŠูุญูุจูู‘ูƒูŽ ุŒ ูˆูŽุญูุจู‹ู‘ุง ูŠูุจูŽู„ูู‘ุบูู†ููŠ ุญูุจูŽู‘ูƒูŽ.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar terdorong sentiasa melakukan ketaatn, ,meninggalkan perkara munkar, mencintai orang2 miskin, dan agar Engkau mengampunkan aku dan mengasihaniku.Aku mohon kepadaMu jika Engkau ingin mengenakan sesuatu musibah, maka matikan aku dalam keadaan selamat dari malapetaka itu.Ya Allah ! Aku mohon kepadaMu rasa cinta pdMu, cinta pd sesiapa yg menyintaiMu dan cinta yg menyampaikan aku kepada cintaMu. ( riwayat al-Hakim no 1932,al-muโ€™jam al-Kabir no 216 )

Sumber : Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Kiamat Semakin Hampir

Kita tidak pernah diajar untuk takut pada hari kiamat, kita diajar untuk membuat persediaan untuk hari akhirat.ย Hari akhirat ada lima fasanya:

Alam kubur

Antara amalan yang boleh kita amalkan untuk selamat di alam kubur ialah banyakkan membaca surah al-Kahfi kerana ia akan menjadi teman kita di kubur nanti

Padang Mahsar

Antara amalan yang boleh kita buat ialah dengan membuat ibadah korban kerana korban yang kita buat akan menjadi tunggangan kita di akhirat. Selain itu, kita digalakkan membaca surah al-Baqarah dan surah Ali-Imran, ia akan menjadi awan yang melindungi kita di akhirat nanti. Kemudian, ada tujuh golongan yang akan diiringi ke bawah arasy Allah di hari Akhirat nanti, antaranya ialah pemimpin yang adil, orang yang banyak bersedekah, antara lain ialah orang yang hatinya suka kepada masjid.

Hisab amalan

Antara amalan yang boleh kita buat untuk selamat di fasa ini ialah mencintai Nabi dan mengikuti sunnah nabi kerana barangsiapa yang mencintai Nabi, mereka akan mendapat syafaat di akhirat ini.

Titian sirat

Antara amalan yang perlu kita buat ialah dengan memperbaiki solat dan memperbanyakkkannya.

Syurga atau neraka

Antara amalan yang boleh kita buat ialah dengan membela anak yatim kerana Nabi menyatakan bahawa orang yang membela anak yatim akan bersama Nabi di Syurga.

Sumber: Ustaz Amin

Doa Elak Cabul dan Rogol

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan sebelum ini iaituย :-

ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูย  ูŠู‚ูˆู„ ู…ู† ู‚ุงู„
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฐูŠ ู„ูŽุง ูŠูŽุถูุฑูู‘ ู…ุน ุงุณู’ู…ูู‡ู ุดูŽูŠู’ุกูŒ
ููŠ ุงู„ุฃุฑุถ ูˆู„ุง ููŠ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงุกู ูˆู‡ูˆ ุงู„ุณูŽู‘ู…ููŠุนู ุงู„ู’ุนูŽู„ููŠู…ู

ุซูŽู„ูŽุงุซูŽ ู…ูŽุฑูŽู‘ุงุชู ู„ู… ุชูุตูุจู’ู‡ู ููŽุฌู’ุฃูŽุฉู
ุจูŽู„ูŽุงุกู ุญุชู‰ ูŠูุตู’ุจูุญูŽ ูˆูŽู…ูŽู†ู’
ู‚ูŽุงู„ูŽู‡ูŽุง ุญูŠู† ูŠูุตู’ุจูุญู ุซูŽู„ูŽุงุซู
ู…ูŽุฑูŽู‘ุงุชู ู„ู… ุชูุตูุจู’ู‡ู ููŽุฌู’ุฃูŽุฉู ุจูŽู„ูŽุงุกู
ุญุชู‰ ูŠูู…ู’ุณููŠูŽ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MAโ€™ASMIHI SYAIUN FIL ARDIย WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMIโ€™UL โ€˜ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : โ€œDengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahuiโ€ sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnyaโ€ ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;ย ย  At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan โ€“ Teks doa berwarna Merahย  Syeikh Syuaib ; Hasan)

ุงู„ู„ู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงูู†ู’ ูƒูู†ู’ุชูŽ ุชูŽุนู’ู„ูŽู…ู ุงู†ูŠ

ุขู…ูŽู†ู’ุชู ุจููƒูŽ ูˆูŽุจูุฑูŽุณููˆู„ููƒูŽ
ูˆูŽุฃูŽุญู’ุตูŽู†ู’ุชู ูุฑุฌูŠ
ุฅูู„ุงูŽู‘ ุนู„ู‰ ุฒูˆุฌูŠ
ููŽู„ุงูŽ ุชูุณูŽู„ูู‘ุทู’ ุนูŽู„ูŽู‰ูŽู‘ ุงู„ู’ูƒูŽุงููุฑูŽ

DALAM SEBUTAN RUMIย : ALLAHUMMA IN KUNTA TAโ€™LAMU INNI AAMANTUย BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA โ€˜ALA ZAWJI FALA TUSALLIT โ€˜ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalimโ€ ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidakย anggapย wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Sumber: Zaharuddin.Net

Niat + Doa + Usaha + Tawakal

Nak berjaya bukannya mudah. Tapi kita kena ada azam/impian/tekad utk majukan diri kita. Bukan hanya utk kepentingan diri sendiri tapi utk keluarga; isteri, anak, keluarga, sahabat dan membantu org2 yg kurang upaya. Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Utk mencapai cita2 perlu kita lihat kemampuan dan keupayaan diri kita dahulu. Target hendaklah sesuatu yg realistik. Sesuatu yg kita usahakan atas minat dan bakat akan cepat membuahkan hasil. Rancang strategi utk mencapai matlamat kita. Gunakan PDCA (Plan-Do-Check-Action) utk dlm kita berusaha utk mencapai apa yg kita hajati. Doa jgn lupa. Ianya senjata orang mukmin. Mintalah hanya kepada Allah. Jgn meminta selain daripadaNya. Dekatkan diri kita kepadaNya. Mintalah bersungguh-sungguh. Moga cita2 kita diperkenankanNya.

Setelah perancangan dibuat hendaklah kita melaksanakan apa yg dirancang sebaik yg mungkin. Berusaha utk buat yang terbaik. Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yg melakukan ibadat yang terbaik. Setelah berusaha, maka barulah kita bertawakal dan berserah kepadaNya. Moga amalan dan usaha kita selama ini membuahkan hasil. Jika apa yg kita hajati tidak tercapai, ini tidak bermakna kita gagal. Tapi mungkin ada rahmat/kebaikan/hikmah disebalik kegagalan itu. Atau mungkin Dia nak beri kita lebih baik daripada apa yg kita minta selepas ini. Kalo tidak di sini, di akhirat sana pasti akan dimakbulkan. Yg pasti kita jgn putus asa dengan apa yg kita hajati dan usahakan. Teruskan lagi berusaha.. lihat balik apa yg telah kita lakukan. Mungkin ada cacat-cela dlm tindakan yg kita lakukan sebelum ini… Selagi ada hayat… buat yang terbaik terutama dalam bab ibadah.