Solat & Perihal Kesihatan

Hari ini, kita akan fokus kelebihan solat kepada kesihatan fizikal. Antaranya:

Solat boleh memberi ketenangan kepada seseorang.

Hidup ini tidak pernah lekang daripada ujian. Oleh itu, cara terbaik menghadapi bebanan ujian dan tekanan dengan bersolat. Apa itu solat? Solat itu maknanya kita berdoa. Bermula dengan takbiratul ihram, kita tak putus-putus mengucapkan doa sehinggalah diakhiri dengan salam. Ketika solat, kita bermunajat dan mengadu pada Allah, lalu minda kita direhatkan dan ini akan menjadikan jiwa kita tenang. Oleh sebab itulah, ketika Nabi SAW menhadapi tekanan, baginda pernah menyebut kepada Bilal, โ€œMari rehatkan diri kita dengan solatโ€. Solat itu boleh menjadi pengurang tekanan kepada kita. Bagi wanita yang haid dan tidak boleh solat, ulama mengatakan boleh amalkan selawat untuk menenangkan hati. Selain itu, boleh juga amalkan zikir-zikir. Universiti Harvard juga pernah membuat kajian dan mendapati bahawa solat dapat meringankan tekanan. Orang bukan Islam pun meyakini kebenaran kelebihan solat.

Solat juga dapat memberi kesegaran kepada fizikal.

Contoh mudah, kita rasa segar ketika melakukan solat terawikh. Nabi SAW solat begitu lama dan sehingga bengkak-bengkak kakinya, namun baginda kekal sihat. Pergerakan dalam solat mengerakkan oto-otot dan menguatkan jantung.

Ulama mengatakanย solat dapat menurunkan berat badan.

Pengkaji daripada Universiti Malaya juga mendapati bahawa solat dapat membakar kalori, memberi keseimbangan pada badan dan dengan itu mengurangkan berat badan.

Solat dapat meningkatkan daya imunisasi.

Jika kita baca dalam sirah sahabat Nabi SAW, Sayyidina Umar ditikam sebanyak 11 kali ketika ingin mengimamkan solat Subuh, namun semua sahabat tidak perasan. Lalu Umar memberitahu dan ketika itu, sahabat-sahabat pun mengepung Abu Luโ€™ Lu Ah yang menikamnya. Abu Lu’Luah cuba melarikam diri dan menikam pula 11 orang sahabat yang lain. Setelah merasakan dia tidak dapat melepaskan diri, Abu Lu’luah menikam dirinya sendiri dan mati ditempat kejadian. Keadaan ini berbeza dengan Umar yang ditikam 11 kali, namun masih kuat. Umar kemudiannya diusung dan dibawa balik ke rumahnya. Ketika sampai dirumah, Umar teringat yang dia belum solat. Lalu dia memberitahu sahabat yang dia ingin solat. Sahabat memintanya solat berbaring, namun dia menolak kerana dia risau yang itu akan jadi solatnya yang terakhir. Tengoklah bagaimana Umar yang telah ditikam sekalipun pun masih berusaha untuk berdiri dan solat, sedangkan kita yang tak ditikam ini pula terasa begitu berat untuk bangun dan solat. Diriwayatkan, Umar dapat bertahan sehingga selepas waktu Zohor barulah dia wafat. Inilah kekuatan yang Allah beri kepada orang yang kuat solat.

Solat dapat menyihatkan otot-otot dan sendi-sendi.

Ketika kita bangun di pagi hari, sendi-sendi akan saling memberi salam kepada satu sama lain. Mereka mula bergerak dan kemudian berpesan kepada lidah agar membetulkan dirinya supaya sendi-sendi lain juga menjadi baik. Oleh sebab itu, kita perlu memulakan hari dengan solat Subuh dan turut menjaga solat-solat lain.

Solat mengajar kita untuk fokus dalam setiap kerja yang dilakukan.

Solat melatih kita untuk fokus dan inilah yang membantu kita kusyuk dalam solat. Orang yang menjaga solat, Allah akan membantunya ketika di penghujung hayatnya. Manakala orang yang tidak solat pula akan menghadapi ujian getir ketika menghadapi sakaratul maut. Ketika hidup, dia juga tidak dapat fokus dalam pekerjaan dunia dan merupakan seorang yang tidak efektif.

Solat dapat merawat penyakit sedia ada

Contohnya sakit pinggang dan sakit lutut. Ulama membincangkan bahawa jika kita betul-betul rukuk 90 darjah, dalam masa 3 minggu, penyakit sakit belakang boleh sembuh. Menurut kajian lain pula, pergerakan solat selama selama 30 minit (12 rakaat solat sunat) selama 3 kali minggu sahaja sudah boleh menyembuhkan penyakit mati pucuk. Satu lagi penyakit yang didapati boleh diubati dengan solat ialah penyakit jantung. Kedudukan dalam sujud merupakan ketika paling baik jantung berfungsi. Selalunya bila penat, kita rasa bila baring kita akan memberi kerehatan kepada jantung, tetapi cuba kita amalkan solat dan sujud dengan lebih lama. Nabi SAW juga menyebut bahawa saat sujud merupakan saat paling dekat seorang hamba dengan Allah dan kita amat digalakkan berdoa ketika itu.

Sumber: Tanyalah Ustaz TV9

Comments