Picnic di Bagan Lalang

Semalam kami sekeluarga pi berkelah di pantai Bagan Lalang. Setelah berbincang bersama, aku sekeluarga ngan John Mizi sekeluarga telah meluangkan masa bersama berkelah di Bagan Lalang.

06:30 : siapkan barang2 keperluan
08:20 : Bertolak ke Bagan Lalang. 2 kereta
10:00 : Sampai disana. Sebelum tu kami beli ikan di pasar pekan Sepang. Air laut surut waktu tu. Anak2 sibuk menangkap ketam kechik. Kebetulan Joey sekeluarga pun berkelah disana. Jumpa dia kejap.
12:30 : Tengahari bakar ikan + sosej. Pergh !! Dengan perut lapar + angin sepoi bertiup… memang menyelerakan makan tengahari tu.
14:30 : Sementara tunggu air laut pasang, kami tidur. Mata aku pula tak boleh nak lelap, palagi… aku pun beli layang2 (RM 10.00). Teringat masa kekecik main layang2 kat tmn perumahan kat kg dulu. Masa dulu buat layang2 pakai pelepah pokok kelapa sawit yang diraut.
17:30 : Air mulai pasang. Kami sekeluarga mandi laut bersama. Rasanya tulah 1st time kami sekeluarga mandi laut bersama. Selama ni asyik anak jer yang mandi. Memang aku malas nak mandi laut sebenarnya.
20:30 : Bertolak balik ke KL. Singgah makan malam kat Kedai Mek Acham, Sungai Besi. Kebetulan Adik Bengkel + keluarga ngan Asam + keluarga ada, so lepak arrr…
23:56 : Sampai rumah !! Aduh letih dowh !!

Comments