PHP OOP : Siri1 – Apa itu OOP dalam PHP

Tahun 2016 ini jom kita belajar PHP OOP. PakCu akan cuba untuk menterjemahkan konsep OOP dalam PHP sebaik yang mungkin akan lebih mudah untuk dipahami dan dipelajari. Terlebih dahulu, kita semua perlu buangkan tanggapan bahawa mempelajari OOP adalah sangat susah dan kompleks. Setiap benda sekiranya selalu diamalkan akan menjadi mudah akhirnya. Sebagai contoh, cuba tulis nama ada menggunakan tangan kiri (bagi mereka yang lazimnya menggunakan tangan kanan).

Susah bukan? Walaupun nama tersebut biasa kita tulis tapi apabila kita keluar daripada kelaziman kita; bagi kes ini kita menggunakan tangan kiri untuk menulis nama kita, kita akan dapati benda tersebut sukar dilakukan. Begitu juga dengan mempelajari OOP. Pada awalnya akan ada sedikit kesukaran untuk memahami. Namun setelah kita paham dan tahu cara penggunaannya, ia akan memudah dan memahirkan kita.

Secara kita tidak sedar, ada antara kita sebenarnya telah mula menggunakan konsep, struktur dan fungsi asas yang terdapat dalam OOP. Cuma dalam OOP, ia mempunya istilahnya sendiri seperti properties, methods, encaplution, instance dan sebagainya. Insyallah tutorial PHP OOP akan ada beberapa bahagian/siri. Untuk Siri 1 kali ini, PakCu akan lebih kepada pengenalan kepada OOP. Banyak PHP framework yang terdapat dalam pasaran menggunakan konsep OOP dalam struktur framework mereka. Ini disebabkan fungsi OOP telah mengalami perubahan yang besar setelah PHP5 diperkenalkan.


Classes, Properties dan Methods

Class adalah satu blueprint @ template yang menerangkan sesuatu objek. Melalui template ini, berbagai objek yang sama tetapi mempunyai ciri-ciri yang berbeza dapat dihasilkan. Sebagai contoh objek ialah pengguna, apabila kita membina class pengguna ia akan mengandungi maklumat/data/ciri-ciri pengguna. Di dalam OOP, ciri-ciri ini dikenali sebagai properties dan methods.

Untuk menambah/menetapkan data ke dalam sesuatu class, kita menggunakan properties atau lebih dikenali sebagai variables dalam procedural PHP. Contoh properties yang boleh ditetapkan dalam class pengguna adalah id pengguna, email, jantina dan sebagainya.

Method pula adalah kaedah yang lazimnya dipanggil function dalam procedural PHP. Contoh methods yang boleh dicipta dalam class pengguna adalah daftar masuk, daftar keluar, tambah pengguna, hapus pengguna dan sebagainya.

Setelah class dihasilkan, class ini boleh digunakan untuk menetapkan/mencipta pelbagai pengguna lain tetapi berbeza data/maklumat/ciri. Jadi kenapa perlu belajar OOP ini? Dengan adanya ilmu OOP ini kita tidak lagi perlu menulis kod-kod pengaturcaraan secara berulang-ulang untuk sesuatu fungsi. Terdapat istilah DRY (Don’t Repeat Yourself) yang perlu kita amalkan dalam menghasilkan sesuatu aplikasi agar kod kita lebih teratur, mudah dipahami dan yang paling penting senang untuk diselenggara pada masa akan datang sekiranya perlu.

Jumpa lagi di Siri 2 akan datang dengan tajuk Mencipta dan Menggunakan Class.

Comments