Permohonan Pertukaran Penempatan

Sebulan dah aku kat Unit Koding ni. Aduh !! Penstrukturan semula Jabatan Maklumat Kesihatan telah menyebabkan aku yang sepatutnya masuk Unit Kajian & Statistik ditempatkan di Unit Koding. Boringnya kerja baru nie !!

Aku dah jumpa Dato’ Noorimi dan citer permasalahan aku. Prinsipnya beliau setuju untuk menempatkan aku ke jabatan yang lebih sesuai dengan jawatan yang aku sandang. Namun beliau minta aku berbincang dengan Ketua Jabatan. Ketua Jabatan juga telah aku temui dan berbincang. Namun beliau minta aku mencuba buat kerjaยฒ koding. Beliau juga memaklumkan tiada keperluan di unitยฒ lain utk jawatan yg aku sandang.

Koding adalah satu kerja di Bahagian Case-mix dimana kakitangan seperti aku perlu mengabstrak laporan doktor perubatan apabila pesakit admit ke PPUKM. Tempoh data yang diambil adalah mulai pesakit admit hingga discharge utk sesi tersebut. Permasalahan yang aku hadapi:
+ Kerja yang dibuat bukan bidang jawatan yang aku sandang
+ Ini menyebabkan peluang kerjaya aku buntu
+ Masalah akan timbul bila nak jawap soalan PTK
+ Payah nak baca tulisan doktor (bukan semua)
+ Kena kenalpasti termยฒ penyakit (bukan symptom) dan kemudian kodkan penyakit tersebut – refer ICD-10 & ICD-9CM
+ Semua aktiviti kualiti spt ISO, KMK/KIK, PRISMA
+ Aku tak lagi membangunkan apaยฒ aplikasi utk jabatan (knowledge aku terkubur)

Jadi, haghi ni aku dah buat surat secara rasmi kepada Dato’ skali lagi dan melalui Ketua Jabatan agar aku ditukarkan ke Jabatan lain yang dapat aku meningkatkan kerjaya dan memberi motivasi kerja kepada aku.

Comments

Published by

PakCu

I'm a simple person