Pemasangan Xampp

Hari ini masa PakCu agak terluang sedikit berbanding minggu-minggu sebelum ini. Jadi PakCu hendak mulakan pos-pos tutorial dengan tajuk Pemasangan Xampp. Terlebih dahulu PakCu nak terangkan mengenai peralatan yang perlu ada untuk menjalankan skrip-skrip PHP di dalam PC anda. Sebelum itu, sila lihat post berikut –ย http://www.haqis.com/?p=409


Keperluan Aplikasi

PHP adalah salah satu Server Side Scripting Programming Language selain daripada ASP, CMF, JSP, PERL, ROR. Untuk menjalankan skrip-skrip PHP di dalam PC anda, anda perlu melengkapkan PC anda dengan aplikasi-aplikasi berikut:
+ Web Server (apache, IIS,ย ย lighttpd,ย nginx, Cherokeeย dsbnya)
+ PHPย (terkini versi 5.5)
+ Database (mysql, oracle, mssql, sybase, ODBC dsbnya)
+ Editor @ IDEย  (Notepad++, sublime text, PHPStorm, Adobe Dreamweaver dsbnya)
+ Web Browser (Google Chrome, Internet Eplorer (IE), Mozilla Firefox, Safari dsbnya)

Setiap aplikasi di atas perlu dipasang (installation)ย satu-persatu dan dibuat tetapan (configuration) terlebih dahulu di dalam PC anda. Namun terdapat aplikasi yang telah mengabungkan beberapa aplikasi di atas dan memudahkan pengguna untuk membuat tetapan bagi setiap aplikasi tersebut. Sebagai contoh, Xampp, Easyphp, WAMP, PHPTriadย dsbnya). Aplikasi ini telah mengumpulkan aplikasi PHP, Apache dan mySQL ke dalamnya. Jadi hanya perlu memasang aplikasi ini sahaja dan ketiga-tiga elemen penting untuk pembangunan website menggunakan PHP telah dipasang ke dalam PC anda. Kadang-kadang terdapat aplikasi/skrip tambahan turut di pasang di dalam aplikasi tersebut. Contohnya, PHPMyAdmin (GUI untuk menguruskan mysql), tomcat, filezilla, mercury dan sebagainya). Aplikasi ini adalah pilihan bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi tersebut.

Namun perlu diingatkan aplikasi bundle ini hanya sesuai digunakan untuk pembangunan (development) sahaja dan bukan untuk produksi (production). Bagi tujuan produksi, adalah disarankan memasangan setiap aplikasi tersebut dibuat satu-persatu.


Pemasangan Xampp

Aplikasi yang akan digunakan untuk tutorial PakCu ini adalah:
+ Apache (web server)
+ PHP 5.4
+ mySQL (database)
+ Notepad++ (mungkin juga akan bertukar yg lain pada masa akan datang :p)
+ Google Chrome (i hate IE)

Anda boleh memuatturun aplikasi Xampp di url berikut –ย http://www.apachefriends.org/en/xampp.html. Ketika artikel ini ditulis, Xampp telah mengeluarkan versi 1.8.2 (bagi pengguna windows).

1 download

Apabila anda memuatturun versi apache/mysql/php yang hendak digunakan dalam proses pembangunan, sewajarnya hendaklah versi-versi tersebut sama seperti versi yang telah dipasang di dalam server produksi. Ini bagi mengelakkan masalah penggunaan fungsi di dalam aplikasi tersebut setelah ia dipindakan daripada server pembangunan ke server produksi.

Setelah fail tersebut berjaya dimuatturun, proses berikutnya adalah proses pemasangan aplikasi Xampp ke dalam PC anda. Klik 2 kali pada fail exe tersebut dan paparan berikut akan dipaparkan:

2 bahasa

Klik pada butang OK dan paparan berikut akan dipaparkan:

3 uac

Klik butang OK dan paparan berikut akan dipaparkan:

4 welcome

Klik butang Next untuk proses pemasangan selanjutnya dan paparan berikut akan dipaparkan:

5 component

Klik butang Next dan paparan berikut akan dipaparkan:

6 localtion

Anda boleh menukar lokasi pemasangan. Kemudian klik butang Install dan paparan progres pemasangan berikut akan dipaparkan:

7 install

Tunggu sehingga progres berakhir dan klikย butang Next dan paparan berikut akan dipaparkan:

8 configure

Paparan ini akan tertutup secara automatik setelah proses configure selesai. Paparan berikut akan dipaparkan menandakan proses pemasangan Xampp selesai:

9 finish

 

 

Comments

Published by

PakCu

I'm a simple person