Permohonan Pertukaran Penempatan

Sebulan dah aku kat Unit Koding ni. Aduh !! Penstrukturan semula Jabatan Maklumat Kesihatan telah menyebabkan aku yang sepatutnya masuk Unit Kajian & Statistik ditempatkan di Unit Koding. Boringnya kerja baru nie !!

Aku dah jumpa Dato’ Noorimi dan citer permasalahan aku. Prinsipnya beliau setuju untuk menempatkan aku ke jabatan yang lebih sesuai dengan jawatan yang aku sandang. Namun beliau minta aku berbincang dengan Ketua Jabatan. Ketua Jabatan juga telah aku temui dan berbincang. Namun beliau minta aku mencuba buat kerjaยฒ koding. Beliau juga memaklumkan tiada keperluan di unitยฒ lain utk jawatan yg aku sandang.

Koding adalah satu kerja di Bahagian Case-mix dimana kakitangan seperti aku perlu mengabstrak laporan doktor perubatan apabila pesakit admit ke PPUKM. Tempoh data yang diambil adalah mulai pesakit admit hingga discharge utk sesi tersebut. Permasalahan yang aku hadapi:
+ Kerja yang dibuat bukan bidang jawatan yang aku sandang
+ Ini menyebabkan peluang kerjaya aku buntu
+ Masalah akan timbul bila nak jawap soalan PTK
+ Payah nak baca tulisan doktor (bukan semua)
+ Kena kenalpasti termยฒ penyakit (bukan symptom) dan kemudian kodkan penyakit tersebut – refer ICD-10 & ICD-9CM
+ Semua aktiviti kualiti spt ISO, KMK/KIK, PRISMA
+ Aku tak lagi membangunkan apaยฒ aplikasi utk jabatan (knowledge aku terkubur)

Jadi, haghi ni aku dah buat surat secara rasmi kepada Dato’ skali lagi dan melalui Ketua Jabatan agar aku ditukarkan ke Jabatan lain yang dapat aku meningkatkan kerjaya dan memberi motivasi kerja kepada aku.

Comments

Picnic di Bagan Lalang

Semalam kami sekeluarga pi berkelah di pantai Bagan Lalang. Setelah berbincang bersama, aku sekeluarga ngan John Mizi sekeluarga telah meluangkan masa bersama berkelah di Bagan Lalang.

06:30 : siapkan barang2 keperluan
08:20 : Bertolak ke Bagan Lalang. 2 kereta
10:00 : Sampai disana. Sebelum tu kami beli ikan di pasar pekan Sepang. Air laut surut waktu tu. Anak2 sibuk menangkap ketam kechik. Kebetulan Joey sekeluarga pun berkelah disana. Jumpa dia kejap.
12:30 : Tengahari bakar ikan + sosej. Pergh !! Dengan perut lapar + angin sepoi bertiup… memang menyelerakan makan tengahari tu.
14:30 : Sementara tunggu air laut pasang, kami tidur. Mata aku pula tak boleh nak lelap, palagi… aku pun beli layang2 (RM 10.00). Teringat masa kekecik main layang2 kat tmn perumahan kat kg dulu. Masa dulu buat layang2 pakai pelepah pokok kelapa sawit yang diraut.
17:30 : Air mulai pasang. Kami sekeluarga mandi laut bersama. Rasanya tulah 1st time kami sekeluarga mandi laut bersama. Selama ni asyik anak jer yang mandi. Memang aku malas nak mandi laut sebenarnya.
20:30 : Bertolak balik ke KL. Singgah makan malam kat Kedai Mek Acham, Sungai Besi. Kebetulan Adik Bengkel + keluarga ngan Asam + keluarga ada, so lepak arrr…
23:56 : Sampai rumah !! Aduh letih dowh !!

Comments

Selamat ke sekolah Haziq & Damia

Tahun ni dua-dua anak aku (Muhammad Haziq Naufal & Nur Qistina Damia) bersekolah. Yang sulung masuk darjah satu. Yang kedua masuk Tadika Sri Wawasan (5 tahun). Aku ambil cuti, mudah sikit nak uruskan anak. Dalam kepayahan sedang mengandung nak masuk 2 bulan, Nana sibuk menguruskan anak. Syukur aku ada isteri yang amat perihatin dengan keperluan anaknya. Teringat masa arwah ibu menguruskan setiap kali aku nak ke sekolah dulu.

Baru dua anak masuk sekolah aku dah terasa. Bayangkan orang tua kita, perit jerih depa nak menyekolahkan anak. Bukan sorang dua.. cam aku ni, 17 14 adik-beradik yang bersekolah. Sememangnya tuhan itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Benarlah kata orang tua-tua, setiap anak yang dilahirkan ada rezeki mereka.

Doa aku moga Haziq & Damia rajin mencari ilmu. Agar mereka terus berusaha mencari ilmu walau payah manapun.

Comments

Anugerah !!

Sepatutnya haghi ni aku pi UKM Bangi utk menerima anugerah ahli forum terbaik (http://opensource.ukm.my). Tapi aku ada kelas PHP + mySQL, so aku x dapat pergi.

Tak per, nanti yang penting aku dapat sumbangkan ilmu kepada mereka yang memerlukan.

Comments

Laptopku Mula Berfungsi

Haghi ni aku pi Lowyat cari adaptor laptop. Nak tunggu PTM, mungkin 2-3 minggu lagi arr baru dapat. Tak per, RM 95.00 bagi aku berbaloi dengan apa yg akan aku perolehi bila laptop aku online balik. Dengan warranty 6 bulan oklah arr tu.

Cuma, tadi masa call Roy Matri, bateri handphone aku kong pulak. Kalo tak rasanya mungkin leh dapat lagi murah adaptor tu. Maklumlah… member kerja kat sana. Leh arr usharยฒ harga yang berpatutan.

Syukur skali lagi padamu ya Allah kerana mempermudahkan urusankan ku.

Comments

Hijrah !!

Rasanya belum terlambat untuk ku menulis sedikit harapan @ cita-cita ku sempena tahun 1431 hijrah nie.. Harapan aku tahun ni:
+ Nak banyakkan buat amal
+ Utamakan keluarga
+ Cari rezeki lebih
+ Buat yg terbaik utk kerjaya

Rasanya perkara 1 tu, memang semua orang berazam akan buat. Pada aku.. utamakan urusan kita denganNya dulu makan segala urusan lain akan.

Berita baik haghi nie, Abg Zaki (JTC) inform ada 5 lagi peserta nak join kursus. Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMu ya Allah atas rezeki yang kau berikan.

Petang ni aku baru balik dari Jabatan Rekod Perubatan Maklumat Kesihatan. Sempat jumpa otai-otai sana, abg Lan, Haris Jr, abd Bad dan beberapa otai sana. Saja jenguk-jenguk tempat kerja baru. So far, aku teruja nak mula kerja kat tpt baru. Anyway aku dah inform kat S/U (sapa yer nama dia) yang aku akan lapordiri pada 05/01/2010. Maklumlah Haziq akan masuk sekolah darjah 1 tahun ni. Damia lak akan masuk tadika (5 tahun). So kenalah tengok depa dulu…

Comments

Laptopku….

Aduh.. Dah seminggu adaptor laptopku kong !! Tu yang kerja aku semua hang ni… Report dah buat minggu lepas. Hopefully dlm sehari dua nie aku dpt ler adaptor baru… Banyak benda nak buat nie.. Sistem nak update, movies series nak download ๐Ÿ™‚

Cd kata, kat lowyat RM 150.00 sahaja. Aku tanya Sham PTM, kalo nak beli memang boleh. Tapi tak leh nak claim balik. So aku tunggulah sampai khamis ni. Kalo x dapek gak. Kena beli lain la dulu jawapnya…

Comments