JomLaunch 2015

Acara yang saya nantikan oleh JomWeb untuk tahun ini bermula pada @ 04 April, 2014 @ 09:00 lagi. Program ini adalah idea yang dicetuskan oleh saudara Nazrol Hazif bersama-sama dengan Komuniti JomWeb untuk membolehkan ahli-ahli jomweb yang telah menyiapkan @ merancang aplikasi mereka membentang projek yang mereka telah/sedang bangunkan. Pelbagai syarikat dan individu melancarkan aplikasi mereka.

Posto Express

a

Sistem ala transporter dimana pengirim barang akan menghantar barangan kepada pembeli melalui penghantar yang dilantik oleh Posto Express sendiri. Setiap barangan yang dihantar akan dicaj RM0.90 bagi setiap KM. Melalui sistem ini, pengirim dan penerima dapat memantau progres dan pergerakan barangan yang dihantar melalui GPS Location (menggunakan google map). Bagi anda yang berminat untuk menjadi penghantar barangan secara part-time @ full-time. Penghantar akan menerima bayaran sebanyak RM10.00 (minima) bagi setiap barangan yang berjaya dihantar.

Pong Flashback – Android Game

a

Satu penghormatan kepada permainan pong (game android) klasik oleh Mikhail Game Tech. App ini dibina untuk acara JomLaunch bagi kumpulan JomWeb untuk pemaju dan pengaturcara Malaysia.

MaidEasy

a

Projek ini dibentangkan oleh saudara Azrul Rahim. Bagi anda yang ingin mendapatkan khidmat pembantu rumah dengan cepat dan pantas, sila layari web MaidEasy.My

PekanBanting

a

Projek keempat yang dikongsikan adalah laman perkongsian yang khusus untuk pekan Banting di Selangor. Projek GPS Social Network ini dicipta untuk menggalakkan perkongsian maklumat, dan membolehkan pengguna bersembang dan juga mengetahui lokasi-lokasi disekitar Banting. Pemilik perniagaan disekitar Banting juga boleh mengiklan di halaman ini.

CastMyCode

a

Saudara Zulfa Juniadi yang saya kenal memang seorang yang kreatif untuk menghasilkan projek-projek yang bernas. Untuk sesi kali ini beliau membentangkan projek CastMyCode. melalui aplikasi ini, pelajar dapat mengikut/menyalin kod-kod pengaturcaraan yang dibuat oleh pengajar dengan mudah dan dengan jelas secara ‘live’. Insyallah, saya akan gunakan aplikasi ini pada kursus akan datang. Buat masa ini sesi yang disediakan akan lupus selepas seminggu.

Engine Scheduler

a

Sekiranya anda menghadapi masalah kekangan waktu untuk membuat servis kereta. Engine Scheduler adalah satu aplikasi mudah untuk anda menentukan jadual agar kereta anda boleh diservis pada waktu yang ditetapkan.

Alambiz Malaysia

a

Satu portal membeli-belah dalam talian yang menawarkan pelbagai produk halal. Ahli yang berdaftar mendapat kelebihan harga diskaun sebanyak 10% dan rebat yang berpatutan.

MudahUrus.My

a

Sistem Pengurusan Tempahan Secara Online. Dengan Mudahurus.my, pembangunnya menyediakan sistem pengurusan dimana peniaga boleh mendaftar dan mewujudkan borang tempahan dengan mudah. Kesemua pembelian akan direkodkan dan terdapat kemudahan kod penjejak (Trackback) untuk pengeposan Pos Malaysia. Buat masa ini projek ini masih ditahap percubaan namun bagi peniaga yang ingin mendaftar minat boleh melawati halaman mereka.

SewaPandu

a

Pembangun ini menghadapi masalah perlu membuka sejumlah halaman untuk membandingkan kereta sewa yang diinginkan. Projek Sewapandu boleh dikatakan penyewaan kereta berasaskan AirBNB, membolehkan pemilik kenderaan menyewakan kenderaan mereka kepada pengguna lain. Menariknya selain dari melihat maklumat berkenaan kereta, pengguna juga boleh melihat rekod selenggara kereta sewa tersebut, sekaligus menjamin keselamatannya. Projek ini masih di peringkat Beta dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Nexmo Dashboard

a

Satu Dashboard untuk memudahkan pelanggan Nexmo menguruskan SMS Nexmo mereka. Ia dibangunkan oleh saudara Mohd Sulaiman.

Go Tickets

a

Pembelian tiket secara atas talian untuk tempat-tempat menarik di Malaysia

Unimall.my

a

Satu portal untuk jual-beli khusus untuk pelajar IPT.

DNS Vault

a

Slogan mereka ‘DNS Management Made Easy’. Pembentangan oleh otai Localhost Sdn Bhd iaitu saudara Amir Haris.

MyOfis

Satu lagi aplikasi ‘All-in-one office information system’. Pembentangan juga oleh saudara Amir Haris.

SimpanKira

a

SimpanKira.com adalah perisian perakaunan yang mematuhi kehendak GST yang dapat memenuhi keperluan sama ada perniagaan kecil mahupun sederhana di Malaysia. Ia akan membantu anda, pemilik perniagaan untuk lebih memberi tumpuan kepada perniagaan anda.

WikiMesjid

a

Satu aplikasi mobile untuk mencari masjid yang terdekat atau kedai halal yang berhampiran di lokasi anda dengan cepat dan mudah.

Trainer.my

a

Trainer.My adalah satu portal untuk memudahkan kita mendapatkan tenaga pengajar sesuai dengan kepakaran yang diperlukan. Dibangunkan oleh saudara Nazrul Hazhan Nazlan (juga membangunkan AlQurah.My).

Baby.My

Aplikasi ini juga dibangunkan oleh saudara Nazrul Hazhan Nazlan untuk memudahkan kita menjual / membeli / ‘menyedekahkan’ peralatan / pakaian bayi kita.

a

Program JomLaunch ini berjalan dengan lancar sekali dan berakhir pada jam 02:00 petang. Saya mengucapkan sebanyak tahniah kepada penganjur (training.my) dan komuniti JomWeb serta tidak lupa juga kepada pihak sponsor yang telah sudi menjadi sponsor agar program berjalan dengan lancar dan baik. Sesi akhir… makan tengahari. Hopefully penganjur boleh buat sesi bergambar untuk program akan datang.

Sumber: Amanz.My, Gambar drp Album Jomweb saudara Jasdy Syarman dan saudara Iszuddin Ismail

Comments