Dugaan mu datang lagi Ya Allah

1st skali aku nak ucapkan syukur kpd Mu Ya Allah atas nikmat dan dugaan yang engkau berikan.

Ahad (14/03/2010)

On the way nak pegi Ahmad (member PTM) kawen.. Tetiba kete jammed kat highway berdekatan dengan Tol Bukit Mahkota. Kesiannya anak dan isteri, terpaksa berpanas dan menunggu di tengah-tengah highway. Aku bukak bonet depan keta. Nampak kesan gasket bocor.. Check minyak itam… Ya Allah !! Kering langsung… Nasib baik dlm 10 minit ada towing crane sampai.. Bincang punya bincang.. RM 200 kalo nak dia tarik sampai rumah di Sungai Besi. Okeylah.. aku setuju.. Janji anak + isteri aku selesa dan cepat sampai rumah. Cancel pegi rumah Ahmad kawen.

Rupanya tgh tu.. Tengah lepak-lepak, dalam kul 2… anak buah aku nak mai rumah. Petang tu lak Abg Nain sekeluarga mai rumah !! Patutlah Engkau x mo kasi aku pegi, rupanya ada rezeki yg Kau nak berikan… Ya lah… tetamu ni kan membawa rezeki (kata arwah mak dulu)… Petang dalam kul 6 kami pegi rumah Abg Chain. Lepas maghrib baru balik rumah… Aduh letihnya !!

Isnin (15/03/2010)

Syahwal (anak buah aku merangkap pomen keta) amik keta. Confirm block enjin aku pecah !! Aduh… kena tukar enjin arr nie.. Tidak-tidak pun kena beli enjin kosong.. Syahwal sms kata ada enjin cantek tapi RM 1500.00 !! Okey.. aku agree janji dia pasang cun dan esok leh siap !!

Tengahari bos aku panggil. Sesi kaunseling pertama aku dengan bos. Pasal prestasi kerja aku semakin merosot. Aku dah cakap, tukarkan aku ke jabatan/unit lain !! Aku tertekan kat situ !!

Selasa (16/03/2010)

Enjin keta sampai.. Petang tu Syahwal start pasang.. Malam dia call.. “PakCu malam ni tak boleh hantar ketalah.. Oil-seal grand-shaft PakCu bocor.. Takut minyak itam keluar balik nanti.. ”

So kena tunggu esoklah keta aku ni…

Rabu (17/03/2010)

Pagi ni aku tak pegi kerja. Nak bawak anak pegi Klinik. Seminggu ni Damia kena demam + ruam (macam campak). Sian dia.. selera makan pun berkurangan.. Nasib dia anak yang tabah. Tak meragam langsung. Syukur aku padaMu kerna dikurniakan anak yang menyenangi hati orang tuanya.

Ketika aku menghantar post nie.. Isteriku baru je keluar pergi ke Cheras. Ada ujian memandu keta. Aku doakan kau Lulus dengan cemerlang wahai isteri kesayanganku…

p/s: Aku dah betulkan addon Simple MP3 Player tu. Lain kali sebelum aku post addon, aku test dulu.. 🙂

Comments

Published by

PakCu

I'm a simple person