Doa Elak Cabul dan Rogol

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan sebelum ini iaituย :-

ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูย  ูŠู‚ูˆู„ ู…ู† ู‚ุงู„
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฐูŠ ู„ูŽุง ูŠูŽุถูุฑูู‘ ู…ุน ุงุณู’ู…ูู‡ู ุดูŽูŠู’ุกูŒ
ููŠ ุงู„ุฃุฑุถ ูˆู„ุง ููŠ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงุกู ูˆู‡ูˆ ุงู„ุณูŽู‘ู…ููŠุนู ุงู„ู’ุนูŽู„ููŠู…ู

ุซูŽู„ูŽุงุซูŽ ู…ูŽุฑูŽู‘ุงุชู ู„ู… ุชูุตูุจู’ู‡ู ููŽุฌู’ุฃูŽุฉู
ุจูŽู„ูŽุงุกู ุญุชู‰ ูŠูุตู’ุจูุญูŽ ูˆูŽู…ูŽู†ู’
ู‚ูŽุงู„ูŽู‡ูŽุง ุญูŠู† ูŠูุตู’ุจูุญู ุซูŽู„ูŽุงุซู
ู…ูŽุฑูŽู‘ุงุชู ู„ู… ุชูุตูุจู’ู‡ู ููŽุฌู’ุฃูŽุฉู ุจูŽู„ูŽุงุกู
ุญุชู‰ ูŠูู…ู’ุณููŠูŽ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MAโ€™ASMIHI SYAIUN FIL ARDIย WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMIโ€™UL โ€˜ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : โ€œDengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahuiโ€ sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnyaโ€ ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;ย ย  At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan โ€“ Teks doa berwarna Merahย  Syeikh Syuaib ; Hasan)

ุงู„ู„ู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงูู†ู’ ูƒูู†ู’ุชูŽ ุชูŽุนู’ู„ูŽู…ู ุงู†ูŠ

ุขู…ูŽู†ู’ุชู ุจููƒูŽ ูˆูŽุจูุฑูŽุณููˆู„ููƒูŽ
ูˆูŽุฃูŽุญู’ุตูŽู†ู’ุชู ูุฑุฌูŠ
ุฅูู„ุงูŽู‘ ุนู„ู‰ ุฒูˆุฌูŠ
ููŽู„ุงูŽ ุชูุณูŽู„ูู‘ุทู’ ุนูŽู„ูŽู‰ูŽู‘ ุงู„ู’ูƒูŽุงููุฑูŽ

DALAM SEBUTAN RUMIย : ALLAHUMMA IN KUNTA TAโ€™LAMU INNI AAMANTUย BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA โ€˜ALA ZAWJI FALA TUSALLIT โ€˜ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalimโ€ ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidakย anggapย wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Sumber: Zaharuddin.Net

Comments

Published by

PakCu

I'm a simple person