Apa itu DDL, DML dan DCL?

Secara asasnya, arahan SQL boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil iaitu DDL, DML and DCL.

DDL

DDL adalah singkatan dari Data Definition Language yangย  menerangkan bagaimana data boleh disimpan dalam pengkalan data melalui skema dan keterangan pengkalan data yang ditetapkan.

  • CREATE – untuk mencipta pengkalan data
  • ALTER – mengubah struktur pengkalan data
  • DROP – menghapuskan pengkalan data
  • TRUNCATE – menghapuskan semua rekod yang ada dalam table pengkalan data
  • COMMENT – menambah komen data dictionary
  • RENAME – menukar nama pengkalan data

DML

DML pula adalah singkatan kepada Data Manipulation Language yang mana ia adalah berkaitan dengan manipulasi data. Kebiasaannya, DML adalah berkaitan dengan pernyataan SQL seperti SELECT, INSERT, UPDATE, DELETE dan sebagainya. Pernyataan-pernyataan ini digunakan untuk menyimpan, mengubah, menyenarai (retrieve), menghapus dan mengemaskini data di dalam sesuatu pengkalan data

  • SELECT – retrieve data dari pengkalan data
  • INSERT – menambah data ke dalam sesuatu table
  • UPDATE – mengemaskini data sedia ada di dalam sesuatu table
  • DELETE – menghapuskan rekod di dalam table sesuatu pengkalan data
  • MERGE – UPSERT operation (insert or update)
  • CALL – call a PL/SQL or Java subprogram
  • EXPLAIN PLAN – interpretation of the data access path
  • LOCK TABLE – concurrency Control

DCL

Manakala DCL pula adalah singkatan untuk Data Control Language dan berfungsi untuk melakukan arahan seperti GRANT; kebiasaannya untuk arahan rights, permissions dan kawalan lain sistem pengkalan data

  • GRANT – membenarkan pengguna mempunyai akses terhadap sesuatu pengkalan data
  • REVOKE – menarik balik kebenaran akses yang telah diberi melalui arahan GRANT tadi
Comments