Cuti2 di Melaka

Letihnya badan hari ni.. Sengal2 semalam masih belum lega lagi. Sabtu pagi2 aku dah pegi repair air-cond kereta agar senang kiranya ujan lebat pada sabtu (04/12/2010) dan ahad (05/12/2010) tu. RM 130.00 – services + repair control cencored. Moga Allah permudahkan urusan dan perjalanan aku !!

Dlm seminggu tu aku sibuk dok cari homestay utk aku sekeluarga + biras (Fadhil) sekeluarga menginap. Alhamdulillah, pagi tu dpt gak contact satu homestay di Ayer Keroh – 012 6582176 (Khairul). RM120 semalam rasanya tak mahal. Kebetulan pulak Zahar sekeluarga join kami. Rasanya penginapan yg disediakan tu amat berbaloi utk kami sewa. Ptg lebih kurang jam 2:30 kami sampai di Ayer Keroh. Pekena asam pedas di kawasan kedai baru di MITC. Pegi Melaka, kalo tak pekena asam pedas tak sah !!

Petang lebih kurang jam 5 kami ke Taman Rempah Ratus. Jeti utk naik Melaka River Cruise. Seronok betul wife ngan isteri aku dpt naik  bot sambil menikmati pemandangan indah di sepanjang Sungai Melaka. Rasanya lebih kurang 30-45 minit gak perjalanan pegi dan balik. Tiket pun tak mahal; RM10 utk dewasa dan RM5 utk kanak2 bawah 12 tahun.

Balik dari situ terus shopping kat Jaya Jusco. Masa ni arr Zahar jumpa ngan kami. Kemudian kami terus ke Parameswara, Umbai pekena ikan bakar. Pergh !! Org punyalah ramai.. Nak pilih ikan kena beratur, nasib arr waktu kami sampai tu ada sekeluarga baru abis makan. So memang dpt port baik arr. Selamat utk anak2 kecil drp kena tempias ujan. Udang (1KG) + ketam (6 ekor) + Jenahak (1 ekor) + Terubuk (2 ekor)… Mlm tu kami makan habis RM275.00. Makan sedap dan yg penting depa masak cepat. Rasanya tak sampai 20 minit order kami dah siap…

Balik homestay lebih kurang jam 12:30pm. Rehat + tido !! Kena charge tenaga utk mandi kat Wonderland Waterpark di Ayer Keroh esoknya. Memang betul apa yg Khairul cakap. Beratus kereta masuk ke wonderland. Nak parking pun rasanya 2KM dari pintu masuk. Yg lain semua FULL !! Tempat menarik, slide dia lagi besh drp Bukit Gambang Waterpark. Cuma sistem bayaran terutama nak sewa tiub memang amat mengecewakan. Hampir 40 minit berbaris baru dapat sewa tiub. Bayaran masuk – RM30 (dewasa), RM25 (kanak2 bawah 12 thn), RM15 (warga emas), FOC (kanak2 bawah 90 cm).

Mandi sampai puas !! Petang kul 6:30 kami bertolak balik Bangi. Rasanya memang enjoy arr kali ni bawak Nana, Haziq, Damia dan Najwa jalan2.. Rezeki Allah beri, aku kongsikan bersama keluarga. Aku tinggalkan semua hal2 berkaitan kerja/freelance. Ini waktu utk bersama keluarga !! Aku gembira bila melihat mereka gembira. Insyallah ada rezeki lagi kami bercadang nak ke Penang pulak…

Comments