Cuti sekolah…

sabtu lepas bawak family gi jenjalan ke utara. target kami ke bukit merah lake town resort. maklumlah org cakap tempat tu best, kami lak tak pernah sampai sana. anak-anak excited sgt nak pi; waterpark arr katakan.

kami bertolak agak lewat, kira2 jam 3 ptg sabtu, terus masuk highway jalan duta. perjalanan kali ni memang tak de perancangan sgt; tiada plan nak tido kat mana… bila sampai exit kuala kangsar, teringin lak nak melawat bandar di raja negeri perak tu. PakCu ni walaupun asal dari teluk intan tapi tak pernah sampai ke kuala kangsar.

sampai di kuala, dah malam. pusing2 kejap kat pekan kuala. then baru cari port nak tido. alamak!! semua bilik full; rest house full, hotel kangsar full, hotel double lion pun full… nasib arr ada gak sorang chinese dan indian (parking guard) yg baik hati bantu kami. memang org mesia ni peramah dan pemurah :). cuba adik masuk jalan ni, then jumpa bhp belah kiri… nanti ada hotel kat ujung bangunan tu. kalo situ full adik pergi opposite bangunan tu ada satu lagi hotel baru. tu hotel melayu punya. memang betul telahanku, hotal ujung tu full gak. nasib baik hotel last tu ada bilik yg telah ditempah tapi penempah dia belum gak sampai. so receptionist tu kasi kat kami check-in. thanks ezi inn hotel.

kebetulan esok tu, hari ahad maka kami berjalan2 kat pekan sehari, barang banyak dijual kat sini. murah pulak tu. buah-buahan dan hasil kampung yg fresh. kuala kangsar memang sesuai dengan namanya, bandar di raja. nak tengokย koleksi peribadi milik Sultan Perak, datang ke Galeri Sultan Azlan Shah. lagi ada masjid ubudiah kuala kangsar, istana kenangan,ย labu sayong dan tak lupa laksa pakngah

 

petang ahad tu kami bertolak ke bukit merah. kata penduduk situ, ikut jalan lama (menghala ke taiping) lagi dekat. memang hajat kami nak gi bukit merah tu sambil jenjalan… jadi kami ikutlah jalan lama. sampai di kuala sepetang (dulunya dikenali sebagai port weld) tak sah kalo tak pekena mee udang mak jah. mak ai, banyaknya kedai jual mee udang… nasib tak tersalah kedai… memang benar kata org, bila lihat baru percaya.. kedua-dua belah hala jalan besar tu org berhenti utk menikmati mee udang mak jah. nasib kami sungguh baik, tak sampai 5 minit order makanan, mee udang special mak jah sampai; mee kuah udang + udang laut kulit keras memang menyelerakan.. RM11 sepinggan

malam tu kami bermalam di hotal casa villa di simpang, taiping. sini ada banyak hotel. rate pun tak de mahal sangat. yg kami sewa tu. RM 150 utk bilik 2 katil king. memang besar bilik tu. esok pepagi dah lapar cari makan. tapi kat taiping; pekan besar, bukan susah sgt nak cari makan. pusing punya pusing sampai kedai kak cik, simpang, taiping. pergh !! ingatkan sup fulamak @ sup meletup kat sg besi ni dah abis sedap. rupanya kat kedai kak cik ni lagi sedap… tengahari kami checkout terus ke bukit merah. masuk ikut tol kemunting dan exit di bukit merah. tol RM1.80… dekat jer ikut tu.

rasanya bukit merah ni tak de arr besh sgt. pulau org utan tu memang agak istimewa skit. ecopark dia.. yg besh masa animal show. chairlift not bad, waterpark dia… rasanya bukit gambang lagi besh kot..

Comments