Bengkel KIK

Baru balik dari Kuantan kerena menghadiri Bengkel KIK yang dianjurkan oleh Pusat Perubatan UKM di bawah consultant En. Kman. Terbaik input daripada En. Kman ni; xNPC. 3 hari di Hotel Grand Continental. Perjalanan pergi mengambil masa 4-5 jam dengan kelajuan 90-100 km/h menggunakan kereta. Bengkel KIK berjalan dengan lancar. Secara keseluruhan, jadual tidak terlalu ketat dan kaedah pengendalian bengkel secara bersantai. Consultant, penganjur dan peserta semua best!

Buat pertama kali saya memandu ke Kuantan. Perjalanan yang lancar (sebab bukan musim perayaan @ cuti sekolah). Daripada Sungai Besi terus tanpa henti ke Kuantan mengambil masa lebih kurang 4 jam 15 minit. Saya ikut lebuhraya Karak-LPT dan keluar di Gambang. Kemudian melalui jalan bandar sampailah ke Kuantan. Kuantan pada saya tidak banyak tempat menarik; mungkin saya tidak tahu tempat menarik di Kuantan. Saya sempat pergi ke Tangjung Lumpur, Telok Cempedak dan pusing-pusing Bandar Kuantan.

Makanan di Kuantan MAHAL! Sepinggan Char Kuew Teow berharga RM6.00 dengan HANYA seekor udang dan segelas air kosong berharga RM0.55 (termasuk GST). Itu belum lagi makan di restoran. Roti bom RM2.90. Nasib ada Tanjung Lumpur. Makan di kawasan situ tidak terlalu mahal dan hampir sama kadar di Kuala Lumpur. Jika anda pergi ke Tanjung Lumpur, saya sarankan makan di Aina Ikan Bakar Petai. Murah dan sedap. Malah ada yang kata cawangan di Kuantan ini lebih sedap daripada di Bandar Baru Bangi. Jika hendak beli keropok lekor dan sata, sila ke Pasar Peramu. Ikan fresh naik dari laut.

Sempat juga berjumpa kawan lama, Abang Nazri dari PCNet System. Alhamdulillah, rezeki Allah ada dimana-mana, bro! Terima kasih atas layanan dan keropok :p. Saya mendoakan agar Abang Nazri dimurahkan lagi rezeki dan diberkatkan usia.

Comments