Bajet 2011

Meningkatkan potensi industri teknologi maklumat dan ICT: 1119 Juta ringgit di peruntukkan untuk program MY Creative Content, melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama 2 tahun.

Harap2 line tenet semakin power + murah

Telifon bimbit biasa dikenakan cukai 10 peratus manakala telifon bimbit yang mempunyai aplikasi seperti internet atau PDA, dikecualikan cukai jualan. bagi tujuan penyelarasan, cukai jualan dikecualikan ke atas semua jenis telefon bimbit.

Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum: 500 hingga 700 ringgit sebulan. Dengan kenaikkan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun adalah seribu ringgit sebulan berkuata kuasa 2011

Harap2 dpt mengurangkan kadar jenayah kat negara kita

Kerajaan memberi fleksibiliti untuk tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini

Alhamdulillah.. pompuan leh branak banyak skang 😉

Mengurangkan kos pengangkutan: harga tol PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta merta

Boleh slalu balik kg. Tapi aku memang balik kg ikut jalan lama pun !!

Menghargai sumbangan penjawat awam: 500 ringgit untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah

Alhamdulillah…

Penjawat awam – dibenarkan membeli hartanah daripada ibu, bapa, anak & adik beradik

Ni leh buat duit nie !!

Comments

Published by

PakCu

I'm a simple person