Al-Fatihah untuk Arwah Ahmad Munzer binti Zaiton

Jam 8:45 am Kak Ana call tanya betul ke Munzir, anak Kak Teh meninggal dunia. Aku cakap ntah arr… Tak pasti !! Nanti aku call Kak Teh, apa2 aku maklumkan balik nanti. Aku call Kak Teh, hp dia tutup. Aku call Yob (husband Kak Teh). Terdengar suara sang ibu menangis kesedihan yang teramat sangat. Hatiku mula bercakap, CONFIRM !!

Allahyarham Ahmad Munzer binti Zaiton, berusia 22 tahun pada tahun ini, disahkan telah mengadap Ilahi pada jam lebih kurang 6 lebih pagi. Jenazah telah dibawa ke PPUKM utk bedah siasat kerana meninggal dunia secara mengejut. Menurut ibunya, arwah memang ada masalah jantung berlubang sejak usia 3 tahun. Alhamdulillah hasil post-mortem mengesahkan sakit tersebut merupakan punca arwah meninggal. So tak der arr Prof Madya Dr. Faridah bukak tempat lain lak utk cari punca kematian.

Selesai mandi, kapan, solat jenazah, arwah dibawa ke kampung atuknya di Langkap, Perak. Alhamdulillah, kuasa Allah yang Maha Menyayangi hambaNYa… segalanya urusan berjalan lancar. Allahyarham selamat dikebumikan.

Al-fatihah..

Comments